Wed Apr 29
Kes rasuah di Singapura turun 10 peratus pada 2025
2026-04-29
HaiPress

Foto AFP
SINGAPURA,29 April – Singapura merekodkan 160 laporan berkaitan rasuah pada 2025,penurunan 10 peratus berbanding 177 kes yang dicatatkan pada tahun sebelumnya,menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
RINGKASAN BERITA AI
−
“Berdasarkan kes pekerja sektor swasta yang didakwa di mahkamah bagi kesalahan berkaitan rasuah sepanjang 10 tahun lepas,sektor pembinaan,pembuatan,pengangkutan dan penyimpanan merupakan industri utama yang terdedah kepada rasuah,” katanya.
CPIB menegaskan bahawa Singapura terus mendapat pengiktirafan antarabangsa atas pendekatan dan usaha memerangi rasuah.
Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI-CPI) 2025 meletakkan Singapura sebagai negara ketiga paling kurang rasuah daripada 182 negara,dengan skor 84 daripada 100,tidak berubah berbanding tahun sebelumnya. -BERNAMA



