Fri May 22
Cerun tidak selamat, limpahan air bimbangkan penduduk
2026-05-15
HaiPress

Penduduk di Empire Residence bimbang terhadap tahap keselamatan cerun dan struktur tembok penahan di kawasan berkenaan / FB Gobind Singh Deo
PETALING JAYA,15 Mei – Projek pembangunan tiga blok pangsapuri setinggi 26 tingkat di Damansara Perdana dihentikan sementara sehingga laporan keselamatan cerun diperoleh dan dinilai pihak berkuasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Turut hadir Pengarah Bahagian Aset dan Infrastruktur,Jabatan Kejuruteraan MBPJ,Dr Ir Ts Ahmad Roslan Hairudin serta Setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) Empire Residence,Simon Ng.
Tambah Gobind,laporan pakar itu akan diteliti bersama semua pihak termasuk pakar teknikal sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
Sehubungan itu,projek berkenaan dihentikan sementara sehingga penilaian keselamatan selesai dilaksanakan.
Dalam masa sama,kerja mitigasi jangka pendek seperti pembersihan kawasan pembinaan dan penambahbaikan sistem perparitan akan dilaksanakan segera bagi mengurangkan risiko limpahan air.
Tegas beliau,langkah itu sahaja tidak mencukupi kerana isu utama yang perlu diberi perhatian ialah keselamatan cerun dan struktur tembok penahan di kawasan terbabit.
Beliau turut memaklumkan sistem perparitan melibatkan tiga projek pembangunan berasingan dan memerlukan persetujuan semua pemaju terlibat sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Damansara,Gobind Singh Deo,selepas meninjau lokasi kejadian di Empire Residence,hari ini / FB Gobind Singh Deo
Sementara itu,Simon Ng memaklumkan penduduk telah memfailkan semakan kehakiman terhadap MBPJ dan pemaju,Binastra,bagi mencabar cadangan pembangunan tersebut.
Menurut beliau,projek asal Empire Residence yang dipasarkan sekitar 2010 dan 2011 merupakan pembangunan bertanah rendah melibatkan bangunan satu hingga tiga tingkat sahaja.
Namun,selepas berlaku pertukaran pemaju sekitar 2023,sebahagian tanah di kawasan itu dipisahkan untuk cadangan pembangunan tiga blok pangsapuri setinggi 26 tingkat melibatkan kira-kira 970 unit.
“Penduduk bukan menolak pembangunan,tetapi kami bimbang terhadap faktor keselamatan,kesejahteraan dan kualiti hidup penghuni di kawasan ini.
“Penduduk turut menjalankan kajian bebas dengan bantuan juruukur profesional serta penggunaan dron yang mendapati kawasan cerun terbabit berada pada tahap Kelas 3 dan Kelas 4 dengan kecerunan melebihi 60 peratus,” katanya.
Menurut beliau,walaupun kerja pemotongan cerun telah dilakukan sebelum ini,kawasan tersebut masih dianggap tidak sesuai untuk pembangunan bertingkat tinggi.
Kes semakan kehakiman itu kini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan telah melalui beberapa sesi pengurusan kes. Pendengaran semula kes tersebut dijangka pada 14 Ogos ini.



