Venezuela bebas 300 tahanan bawah undang-undang pengampunan

2026-05-20     HaiPress

Foto fail REUTERS

CARACAS,20 Mei – Venezuela akan membebaskan 300 tahanan pada minggu ini bawah kerangka undang-undang pengampunan yang bertujuan membebaskan tahanan politik.

RINGKASAN BERITA AI

Rodriguez turut mengesahkan pembebasan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan seorang wanita berusia lingkungan 70-an pada Isnin,selain 16 tahanan politik yang dituduh melakukan kesalahan dalam industri minyak.

“Kami tidak meminta apa-apa daripada sesiapa. Kami hanya mahu tindakan ini dihargai,” katanya.

Menurut kumpulan hak asasi manusia Foro Penal,hampir 800 individu telah dibebaskan dari penjara sejak Januari,dengan 186 daripadanya dibebaskan bawah undang-undang pengampunan.

Angka itu bagaimanapun berbeza dengan data Kementerian Dalam Negeri Venezuela yang menunjukkan lebih 8,000 individu menerima manfaat daripada pengampunan tersebut.

Daripada jumlah itu,314 individu dibebaskan dari penjara manakala selebihnya diberikan kebebasan penuh selepas menjalani parol.

Foro Penal turut melaporkan kira-kira 20 tahanan politik meninggal dunia dalam tahanan di Venezuela sejak 2014.

Bawah perhatian rapat Washington,pemimpin interim Venezuela,Delcy Rodriguez melaksanakan beberapa siri reformasi selepas Amerika Syarikat menggulingkan bekas presiden,Nicolas Maduro pada Januari lalu.

Salah satu reformasi yang dilaksanakan ialah pengenalan undang-undang pengampunan bagi tahanan politik pada Februari yang membawa kepada pembebasan ratusan tahanan. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.