Sun Jun 07
NAIO beroperasi sebagai institusi rasmi mulai 28 Julai
2026-06-08
HaiPress

Menteri Digital Gobind Singh Deo/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Jun – Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan beroperasi sebagai sebuah institusi rasmi bermula 28 Julai ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan sama,Gobind berkata kerajaan masih meneliti aspek peraturan dan tadbir urus dalam usaha membangunkan Rangka Kerja Tadbir Urus AI.
“Ketika ini,terdapat satu jabatan di NAIO yang sedang menggubal rangka kerja berkenaan.
“Kami juga telah menubuhkan sebuah pejabat piawaian yang akan menjadi sebahagian daripada NAIO di Cyberjaya,” katanya.
NAIO dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 12 Disember 2024 sebagai bukti komitmen Malaysia untuk muncul sebagai peneraju kecerdasan buatan dan transformasi digital di rantau ASEAN.



