Thu Jun 11
Sekurang-kurangnya 6,224 sekolah terjejas akibat gempa bumi di Mindanao
2026-06-09
HaiPress

Gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Mindanao,Filipina menjejaskan lebih 6,000 buah sekolah di lima wilayah. Foto REUTERS
MANILA,9 Jun – Jabatan Pendidikan (DepEd) memberi jaminan bahawa keselamatan pelajar akan diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula di sekolah yang terjejas akibat gempa bumi di Mindanao,lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
RINGKASAN BERITA AI
−
Agensi itu turut mengerahkan jurutera bagi membantu pejabat luar wilayah menjalankan penilaian kerosakan dan pemeriksaan keselamatan segera terhadap integriti struktur bangunan sekolah.
Angara berjanji untuk menyalurkan bantuan segera kepada sekolah yang terjejas.
Kerja pembaikan kecil membabitkan kos sehingga 50,000 peso Filipina (PHP) boleh dibiayai menerusi peruntukan Penyelenggaraan dan Perbelanjaan Operasi Lain sekolah,sekali gus membolehkan tindakan segera diambil bagi memenuhi keperluan mendesak.
Bagi kerja pembaikan besar dan pemulihan,agensi itu mempunyai peruntukan dana dan sumber kecemasan berasingan.
Setakat Isnin,sekurang-kurangnya 6,224 sekolah terjejas di lima wilayah di Mindanao.
Angara turut menggesa semua sekolah menyemak semula dan melaksanakan langkah kesiapsiagaan gempa bumi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pelajar dan guru menghadapi kecemasan pada masa hadapan.
Langkah itu termasuk prosedur pemindahan dan latihan gempa bumi secara berkala di semua sekolah di seluruh negara. – BERNAMA



