Thu Jun 11
Amerika lancar serangan di kawasan sekitar Selat Hormuz
2026-06-10
HaiPress

Tentera asing digesa meninggalkan Selat Hormuz dan kawasan sekitarnya
WASHINGTON,10 Jun – Tentera Amerika mengaku telah melancarkan beberapa serangan di kawasan sekitar Selat Hormuz.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,tentera asing digesa meninggalkan Selat Hormuz dan kawasan sekitarnya.
Menerusi platform ‘X’,Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi memberi amaran,mereka berdepan risiko berterusan menjadi mangsa tembakan silang sekiranya terus berada di kawasan berkenaan.
Tegasnya,Selat Hormuz bukan perairan antarabangsa,sebaliknya dikongsi Iran dan Oman.
Amaran dikeluarkan Araghchi selepas Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump berikrar untuk bertindak balas susulan dakwaan Iran menembak jatuh helikopter Apache di laluan berkenaan. – AFP



