Harga petrol RON92 tanpa subsidi di Indonesia melonjak 32 peratus

2026-06-10     HaiPress

Pelarasan dilaksanakan menerusi mekanisme penilaian berkala Pertamina/Foto AFP 

JAKARTA,10 Jun – Harga petrol Pertamax RON92 tanpa subsidi di Indonesia meningkat kira-kira 32 peratus kepada Rp16,250 (kira-kira RM3.64) seliter daripada Rp12,300 berkuat kuasa hari ini,sekali gus menandakan kenaikan harga pertama dalam beberapa bulan.

RINGKASAN BERITA AI

Roberth berkata pelarasan itu dilaksanakan menerusi mekanisme penilaian berkala Pertamina dengan mengambil kira perkembangan harga minyak global dan keadaan pasaran semasa.

Beliau berkata pelarasan harga bahan api tanpa subsidi dilaksanakan mengikut peraturan semasa dan merupakan sebahagian daripada usaha mengekalkan keseimbangan antara kemampanan perniagaan,kualiti perkhidmatan dan kepastian bekalan tenaga.

“Kami memastikan bekalan Pertamax dan Pertamax Green kekal mencukupi serta tersedia di seluruh rangkaian stesen minyak Pertamina,” katanya.

Roberth berkata harga bahan api tanpa subsidi lain kekal tidak berubah,dengan Pertamax Turbo (RON98) kekal pada Rp20,750 seliter,Dexlite (CN51) pada Rp23,000 seliter dan Pertamina Dex (CN53) pada Rp24,800 seliter. – BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.