Fri Jul 03
Iran beri amaran kepada AS: Selat Hormuz bukan bahan rundingan
2026-07-01
HaiPress

Speaker Parlimen Iran,Mohammad Bagher Ghalibaf / Foto fail REUTERS
TEHRAN,1 Julai – Speaker Parlimen Iran,Mohammad Bagher Ghalibaf menegaskan bahawa negaranya tidak akan berkompromi berhubung kawalan ke atas Selat Hormuz,sambil memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak melangkaui kandungan memorandum persefahaman yang dipersetujui kedua-dua negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada masa sama,Ghalibaf mendakwa wujud perbezaan pendirian dalam pentadbiran AS,khususnya membabitkan Setiausaha Negara AS,Marco Rubio,dan Naib Presiden AS,JD Vance,yang menurutnya membawa pendekatan berbeza terhadap Iran.
Beliau turut menuduh Rubio cuba mendapatkan sokongan negara Teluk untuk menekan Iran serta menggalakkan Lubnan menormalkan hubungan dengan Israel.
Menurut Ghalibaf,memorandum persefahaman itu digubal secara jelas bagi melindungi kemerdekaan dan kedaulatan Lubnan.
“Apabila Rubio melawat Bahrain pada Khamis lalu,setiap tindakannya bertentangan dengan memorandum persefahaman kami. Beliau sekali lagi membangkitkan ketegangan dengan negara Teluk dan menghasut mereka terhadap Iran berhubung Selat Hormuz,” katanya.
Minggu lalu,Rubio mengadakan lawatan ke beberapa negara Teluk termasuk Bahrain. Dalam lawatan itu,AS dan Majlis Kerjasama Teluk membincangkan memorandum persefahaman dengan Iran,keselamatan serantau serta jaminan laluan pelayaran yang selamat di Selat Hormuz.
Mengulas mengenai hubungan dengan Washington,Ghalibaf berkata,Iran kekal komited terhadap memorandum persefahaman yang dimeterai dengan AS,yang disifatkannya sebagai “dokumen kekalahan Amerika”.
Bagaimanapun,beliau menegaskan rundingan yang sedang berlangsung bukanlah antara rakan,sebaliknya dengan musuh.
“Rundingan ialah satu bentuk pertempuran. Walaupun ketika ini kami berbincang dengan Amerika,kami tidak berurusan dengan rakan,sebaliknya dengan musuh yang sering memungkiri janji dan akan menyerang apabila mempunyai peluang,” katanya.
Pada 17 Jun lalu,Iran dan AS menandatangani memorandum persefahaman yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua negara. Susulan itu,pusingan pertama rundingan diadakan di Switzerland sebagai langkah awal ke arah mencapai perjanjian muktamad. – VIORY



