Fri Jul 03
Peniaga mikro, kecil boleh mohon subsidi diesel untuk jip, pikap mulai hari ini
2026-07-03
HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,3 Julai – Kerajaan memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap,dengan permohonan dibuka mulai hari ini bagi membantu mengurangkan kos operasi perusahaan mikro dan kecil.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi melayakkan permohonan,kenderaan perlu didaftarkan sebagai kenderaan perniagaan dengan Kod Kelas Kegunaan Persendirian Syarikat (AE) dalam sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu,perniagaan hendaklah berdaftar sebagai milikan tunggal atau perkongsian di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),atau Pendaftaran Pihak Berkuasa Tempatan bagi Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu,pemilik perniagaan yang memenuhi syarat digesa mengemukakan permohonan segera melalui portal MySubsidi bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel di bawah SKDS.



