Fri Jul 03
PM lulus tambahan RM10 Juta bagi geran padanan ganti teksi lama
2026-07-03
HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ RTM
KUALA LUMPUR,3 Julai- Kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM10 juta bagi Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional,menjadikan jumlah keseluruhan dana RM20 juta menerusi skim pemadanan bersama Proton.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Permit teksi kekal di atas nama pemandu sendiri dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain,” katanya.
Menurutnya,kerajaan menyasarkan pendapatan pemandu teksi meningkat kepada antara RM5,000 hingga RM7,000 sebulan menerusi pengurangan kos operasi,latihan teknologi digital serta penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai.
Beliau turut menyifatkan pemandu teksi sebagai duta pelancongan negara yang memainkan peranan penting dalam mempamerkan imej Malaysia kepada pelancong.



