LPB Sabah Fasa 1A dijangka siap pertengahan 2028

2026-07-22     HaiPress

Datuk Seri Dr Ahmad Maslan/ RTM

KUALA LUMPUR,22 Julai- Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2028,dengan kemajuan fizikal keseluruhan projek itu kini mencapai 87.86 peratus.

RINGKASAN BERITA AI

Datuk Seri Dr Ahmad berkata KKR akan terus memastikan pelaksanaan projek berkenaan berjalan mengikut perancangan bagi mencapai sasaran penyiapan ditetapkan.

Menurutnya,pelaksanaan projek itu berpandukan garis masa dan jadual kerja terperinci,manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sentiasa melaksanakan langkah intervensi termasuk penguatkuasaan pelan pemulihan bagi pakej kerja yang mengalami kelewatan.

“KKR juga menjalankan pemantauan mingguan secara on-site bagi memastikan sasaran penyiapan kekal berada pada landasan yang betul.

“Setakat ini,bagi Fasa 1A,dua projek lewat daripada jadual,tiga mengikut jadual dan dua lagi mendahului jadual. Bagi Fasa 1B pula,tiga projek lewat daripada jadual,tiga mengikut jadual,manakala 11 projek mendahului jadual,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.