Fri Jul 24
Platform E-mel Rakyat saluran komunikasi rasmi antara rakyat dan Kerajaan Melaka
2026-07-23
HaiPress

Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/ Foto Ab Rauf Yusoh
AYER KEROH,23 Julai – Platform E-mel Rakyat kini boleh digunakan sebagai saluran komunikasi rasmi antara rakyat dengan Kerajaan Negeri Melaka.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini adalah merupakan satu saluran komunikasi yang lebih tersusun,selamat dalam kaedah penyusunan dan juga pengurusan masyarakat bagi memastikan bahawa setiap rakyat dapat akses kepada semua maklumat-maklumat kerajaan negeri.
“… dan juga boleh berhubung secara langsung memberikan pandangan,memberikan komen ataupun memberikan cadangan yang akan kita kumpulkan untuk menjadikan satu dasar baru sekiranya cadangan mereka memberikan satu pandangan yang lebih baik”,katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian E-mel Rakyat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),Ayer Keroh.
Setakat ini,sebanyak 203,000 akaun E-mel Rakyat telah berjaya didaftarkan.



