Kebakaran hutan dahsyat ancam Eropah Selatan

2026-07-23     HaiPress

Foto REUTERS

[b]ROM,23 Julai[/b] — Kebakaran hutan besar-besaran terus merebak dan memusnahkan sebahagian kawasan di selatan Perancis,Itali dan Sepanyol pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,pihak berkuasa tempatan di wilayah jiran,Calabria,mendakwa lebih 160 insiden kebakaran di kawasan mereka berpunca daripada perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Di Perancis,dua anggota bomba terkorban pada Selasa ketika memadam kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux.

Pihak kesatuan bomba kini memberi amaran bahawa para petugas berdepan kelesuan dan kekurangan sumber kelengkapan.

Kebakaran di wilayah Gironde telah memusnahkan lebih 1,400 hektar hutan tebal di kawasan Arcachon Basin.

Lebih 4,600 penduduk dan pelancong termasuk 3,000 pengunjung tapak perkhemahan di Le Porge diarah berpindah sebagai langkah berwaspada.

“Kami sedang berdepan dengan kawasan padat pokok pinus. Kebakaran ini amat luar biasa,” kata Pegawai Bomba Wilfried Schneider.

Di Sepanyol,pihak berkuasa mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa daerah sekitar bandar bersejarah Toledo,kira-kira 75 kilometer di selatan Madrid,selepas api yang marak mengancam kawasan perumahan.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.