Fri Jul 24
Pelancongan: Malaysia, Thailand tumpu kesalinghubungan, perjalanan rentas sempadan
2026-07-23
HaiPress

Mesyuarat Pasukan Petugas Kedua Kerjasama Pelancongan Malaysia-Thailand berlangsung di Langkawi pada Selasa/ MOTAC
KUALA LUMPUR,23 Julai – Malaysia dan Thailand terus memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor pelancongan menerusi Mesyuarat Pasukan Petugas Kedua Kerjasama Pelancongan Malaysia-Thailand yang berlangsung di Langkawi pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
MOTAC berkata,Thailand kekal sebagai antara pasaran penting kepada industri pelancongan Malaysia,justeru kementerian itu komited memperkukuh kerjasama rentas kementerian dan agensi bagi meningkatkan hubungan pelancongan serta mempererat hubungan rakyat kedua-dua negara.
Mesyuarat berkenaan turut disertai wakil daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Luar Negeri,Kementerian Dalam Negeri,Kementerian Pengangkutan,Jabatan Imigresen Malaysia dan Tourism Malaysia.
Menurut MOTAC,penyertaan pelbagai agensi itu mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Thailand dalam merealisasikan ekosistem pelancongan ASEAN yang lebih berhubung,dinamik dan berdaya saing.



