Lebih 20,000 dipindahkan akibat kebakaran hutan di Perancis

2026-07-24     HaiPress

Kebakaran setakat ini telah memusnahkan kira-kira 3,700 hektar kawasan./ AFP

BORDEAUX,24 Julai – Lebih 20,000 penduduk dan pelancong dipindahkan,termasuk ratusan yang terpaksa melarikan diri menggunakan bot,susulan kebakaran hutan yang terus merebak di barat daya Perancis.

RINGKASAN BERITA AI

Setakat ini,tiga buah rumah dan sebuah karavan musnah dijilat api,namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Presiden Emmanuel Macron berkata,Perancis telah mengaktifkan Mekanisme Perlindungan Awam Kesatuan Eropah (EU) bagi mendapatkan bantuan,dengan EU menghantar tiga pesawat pengebom air dari negara anggota lain bagi membantu operasi memadam kebakaran.

Datuk Bandar Lège-Cap-Ferret,Philippe de Gonneville,berkata keadaan cuaca menyukarkan usaha memadam api apabila suhu melebihi 30 darjah Celsius,selain tiupan angin timur dan timur laut yang kuat mempercepatkan kebakaran merebak.

Menurut pihak berkuasa,kebakaran di bahagian utara Lège kini berjaya dibendung,namun operasi pemadaman masih diteruskan bagi mengelakkan api kembali merebak.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada sebuah mesin pembersihan semak,namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Perancis turut berdepan beberapa lagi kebakaran hutan sejak beberapa minggu lalu,termasuk insiden berhampiran Lapangan Terbang Bordeaux yang mengorbankan dua anggota bomba.

Awal Julai,kebakaran turut memusnahkan kira-kira satu persepuluh kawasan Hutan Fontainebleau yang diiktiraf UNESCO.

Menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS),keluasan kawasan yang terbakar di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tahun ini merupakan yang kedua terbesar pernah direkodkan.

Saintis pula memberi amaran perubahan iklim akibat penggunaan bahan api fosil menyebabkan cuaca panas melampau dan kemarau berpanjangan,sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan di beberapa negara Eropah termasuk Perancis,Sepanyol dan Itali. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.