Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti

2026-07-24     HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,24 Julai – Masjid Negara bakal memperkukuh peranannya sebagai pusat komuniti menerusi penganjuran Karnival Masjid Negara Kuala Lumpur (MNKL) 2026 yang akan berlangsung dari 16 hingga 20 Sept ini di pekarangan masjid berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

Amru Alhaz berkata kemuncak karnival ialah penganjuran MNKL Unity Fund Run yang menyasarkan penyertaan kira-kira 1,500 peserta daripada pelbagai kaum dan agama sebagai simbol semangat perpaduan negara.

Beliau berkata acara larian pada hari terakhir karnival itu dijangka turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Sementara itu,pengurus program berkenaan Suffian Ahmad Affindi berkata hasil kutipan MNKL Unity Fund Run 2026 akan disalurkan kepada Masjid Negara bagi program komuniti termasuk bantuan asnaf dan aktiviti kebajikan.

Beliau berkata acara larian itu menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai,tablet,telefon pintar dan pakej umrah untuk lima pemenang cabutan bertuah,dengan pendaftaran dibuka hingga 10 Sept ini.

Suffian berkata sepanjang lima hari penganjuran karnival,pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk food fest yang dijangka menghimpunkan lebih 100 gerai makanan,pertandingan azan,pertandingan khat,e-Sport,explorace,kempen derma darah serta persembahan nasyid.

“Karnival itu turut menampilkan ceramah oleh beberapa pendakwah terkenal termasuk Ustaz Abdul Somad,Datuk Mohammad Kazim Elias dan kumpulan pendakwah Tiga Beradik,selain persembahan artis berkonsepkan patuh syariah,” katanya.

Suffian berkata sebanyak 25,000 hingga 30,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang karnival itu yang berlangsung dari 10 pagi hingga 12 tengah malam.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.