Fri Jul 31
PolyCC Skills Tali Tinggi cungkil bakat baharu ke pentas antarabangsa
2026-08-05
HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,5 Ogos – Pertandingan Kemahiran Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC Skills) bidang Tali Tinggi edisi ketiga terus menjadi platform utama mencungkil bakat baharu bagi mewakili negara ke pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Ketua Jurulatih acara Tali Tinggi,Mohd Shafiee Hassan berkata,semua peserta perlu melengkapkan empat modul yang mencabar dan dinilai oleh barisan juri profesional.
Menurut beliau,modul berkenaan merangkumi ikatan dan simpulan berantai (Modul A),penambat keselamatan untuk aktiviti abseiling (Modul B),pengurusan tali (Modul C),serta kecekapan memanjat dan menurun (ascent & descent) menerusi Modul D.
Katanya,penilaian dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa dengan penekanan terhadap ketepatan teknikal,pematuhan aspek keselamatan serta ketahanan mental peserta ketika melaksanakan tugasan di kawasan tinggi.
Beliau turut memaklumkan bahawa penganjur sedang berusaha mengangkat kejohanan itu ke peringkat kebangsaan sebagai usaha memperkasakan pembangunan bakat dalam bidang tali tinggi.



