Mon Aug 24
Tan Sri Ayob Khan dinobat Tokoh Wira Negara
2026-08-25
HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kategori Wira Negara kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay / Foto Facebook Anwar Ibrahim
SERDANG,25 Ogos – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2026 bagi kategori Wira Negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tan Sri Ayob sebelum ini pernah menerajui Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman,selain berkhidmat sebagai Ketua Polis Johor serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Sementara itu,kategori Tokoh Agamawan diberikan kepada Maulana Abdul Hamid Chin atas sumbangan beliau hampir tiga dekad dalam pendidikan dan pengajian hadis bersanad.
Maulana Abdul Hamid juga merupakan Syeikhul Hadis Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling serta penghafaz al-Quran.
“Pengiktirafan ini juga buat pengajian agama,pondok dan tahfiz kerana sebelum ini masyarakat memandang pengajian ini sebagai pilihan kedua.
“Justeru,dengan pengiktirafan ini menunjukkan komitmen kerajaan dan agensi berkaitan terhadap bidang ini,” katanya.
Selain itu,Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dinobatkan sebagai Tokoh Perdana,Profesor Dr Ruzita Mohd Amin,Tokoh Wanita MADANI dan Muhammad Mikhael Sathayah,Tokoh Khas Saudara Baru Cemerlang.
Seterusnya,Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir pula dinobatkan sebagai Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif,Ahmad Fahmi Mohd Samsudin,Tokoh Belia Harapan,serta Haji Laman Haji Yasim,Tokoh Keluarga Mithali.



