Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-05
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Ogos- Merentasi fahaman politik,agama dan kaum.
Penganjuran Himpunan Pembebasan Pelestin dilihat ruang terbaik mempamerkan tanda bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil,himpunan ini juga tanda rakyat terus bersatu hati dalam memberikan sokongan kepada Palestin dan membebaskan mereka daripada kezalima rejim.
"Keberadaan kita sama ada secara fizikal mahupun yang menonton secara dalam talian ini akan menjadi pembakar semangat kita untuk meneruskan kerana kita tahu Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri dan Menteri Luar figura yang ckup lantang hak dan rakyat Palestin,"katanya.
Beliau ditemui media pada Himpuan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil,Kuala Lumpur.
Lebih 10,00 hadir memenuhi Axiata Arena sebagai tanda sokongan.
Dalam masa sama,Fahmi menyatakan kekesalan terhadap pembunuhan Ketua Biro Hamas Ismali Haniyeh.
Beliau menyifatkan ia merupakan tindakan sabatoj oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Ia satu perkara yang cukup menyedihkan dan menyayat hati. Kita tahu perbincangan dan rundingan genjatan senjata telah hampir ke penghujungnya dan pembunuhan Ismail Haniyeh,salah seorang figura penting yang boleh menghubung antara pelbagai proksi dalam politik Palestin itu telah gagal tetapi saya lihat ia tidaka akan berjaya kerana Palestin mempunyai daya juang ckup tinggi,"katanya.