Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-09
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.22 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM19.28 bilion.
Bank pusat itu akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama 31 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM350 juta selama 94 hari.
Selain itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.6 bilion. - BERNAMA