Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-15
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,14 Ogos- Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) komited memastikan rantaian bekalan industri nasional kekal berdaya tahan dan terjamin.
Kenyataan MITI memaklumkan terdapat keperluan untuk mewujudkan langkah-langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.
Justeru,MITI akan membangunkan platform yang berupaya meningkatkan kebolehkesanan untuk membina rantaian bekalan industri Malaysia yang berdaya tahan.
Platform sama juga membolehkan capaian berpusat kepada garis panduan,peluang pembiayaan dan program sokongan termasuk memperkukuh perkongsian ilmu dalam kalangan pemain industri.
Perkara itudiputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Keenam.
Ia juga hasil maklum balas dari sesi libat urus bersama industri dan penglibatan kerjasama dua hala serta pelbagai hala MITI.