Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,17 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini,bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik,konvensional dan Islam.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM30.58 bilion daripada RM26.22 bilion pada minggu sebelum itu.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai sedikit merosot kepada RM21.30 bilion berbanding RM22.45 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 15 Ogos. -BERNAMA