Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-22
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto JBPM
KUALA LUMPUR,21 Ogos- Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh diri ditemukan di ruangan bawah (basement) berhampiran Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN),Jalan Ampang di ibu negara.
Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan II,Hakim Fadzir dalam satu kenyataan berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 5.38 petang.
"Tujuh angota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak bersama jentera dihantar ke lokasi sebagai ‘first responder’ untuk menangani insiden itu.
"Setibanya di lokasi kejadian,pihak polis telah memohon bantuan untuk mengangkat mangsa bunuh diri yang ditemui terlentang di ruangan bawah (basement)," katanya.
Mangsa dipercayai seorang lelaki,berusia 40-an telah terjun dari bangunan namun tidak dapat dipastikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.