Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-28
berita.rtm.gov.my
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.62 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.52 bilion dalam dana Islam.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan melaksanakan satu tender semalaman konvensional RM39.6 bilion dan satu tender semalaman murabahah bagi RM19.5 bilion. -BERNAMA