Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-07
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Keadaan IPU sederhana di Bandaraya Kuching
KUCHING,7 September- Bacaan Indeks Pencemaran Udara,IPU di tiga kawasan yang mencatat bacaan Tidak Sihat tengah malam tadi,telah beransur pulih dengan catatan IPU Sedarhana setakat 10.00 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara,bacaan IPU di Serian telah menurun kepada 78 pada 10.00 pagi ini berbanding 121 pada 2.00 pagi tadi.
Bacaan IPU di Kuching juga merekodkan penurunan daripada 127 pada 1.00 pagi kepada 81.
Manakala di Samarahan bacaan IPU yang direkodkan pada bacaan 107 pada 1.00 pagi juga menurun kepada 79. Kawasan lain juga merekod bacaan Sedarhana selain Kapit yang mencatat IPU Baik.