Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-11
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Pengarah IPPTAR,Roslan Ariffin / Foto RTM
GEORGE TOWN,10 September – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) kini mengambil langkah menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam melatih kakitangan RTM,sejajar dengan perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi dan penyiaran.
Pengarah IPPTAR,Roslan Ariffin berkata institusi tersebut perlu beradaptasi dengan transformasi teknologi yang lebih pantas dan futuristik.
"Kami menggunakan AI untuk membantu kejuruteraan RTM,dan insya-Allah,suatu hari nanti kita akan cuba menggunakan AI bagi meningkatkan kecekapan RTM serta mengurangkan kos tanpa menjejaskan keberkesanan komunikasi dengan rakyat," katanya selepas menjadi tetamu di Konti MUTIARAfm,di sini.
Tambah Roslan,hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Suhaimi Sulaiman,kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan kerjasama strategik dalam usaha menjadikan RTM stesen penyiaran nombor satu negara.