Fri Dec 20
Ramalan La Nina : PETRA siap siaga berdepan risiko banjir
2024-09-16 berita.rtm.gov.my HaiPress
Akmal Nasrullah Mohd Nasir / FOTO RTM
JOHOR BAHRU,16 September- Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) bersedia menghadapi kemungkinan kejadian banjir,berikutan ramalan fenomena La Nina yang dijangka bermula bulan ini.
Timbalan Menterinya,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata,projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri secara berperingkat.
"Di Johor ada juga beberapa projek yang telah siap,tetapi cabaran projek perlaksanaan ini mengikut jadual. Jadi,insya-Allah kementerian akan susuli kalau yang mana dah siap untuk kita serahkan kerajaan negeri untuk tahun ini juga,"katanya.
Langkah mitigasi dengan mengagihkan unit pam bergerak pelbagai kapasiti turut dijalankan.
Pihak kementerian juga bekerjasama dengan agensi tempatan bagi projek penyelarasan dan infrastruktur terutama dalam menghadapi kemungkinan banjir.