Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-16
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,16 September- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Malaysia.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,turut mendoakan Malaysia terus dilindungi,diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.
“Toleransi dan hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
“Saya sentiasa menekankan bahawa perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat saya,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.