Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Polis Daerah Yan
YAN,18 September- Seorang pengawal keselamatan nyaris maut selepas ditimpa sebatang pokok tumbang dalam kejadian ribut,malam tadi.
Kemalangan berlaku di hadapan Taman Malinja,Sungai Limau Dalam,Yan.
Ketua Polis Daerah Yan,Timbalan Penguasa Polis (DSP) Shahnaz Akhar Haji berkata dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu,mangsa,Amran Mohmad Daud,41 tahun,yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Sekolah Agama Pekan Gurun ke rumahnya di Kampung Sungai Dedap.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian,angin kuat yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan sebatang pokok yang berada di sebelah kiri jalan tumbang dan menimpa bahagian hadapan motosikal mangsa.
"Mangsa yang telah dibawa ke Hospital Yan mengalami kecederaan di bahagian tangan," katanya menerusi kenyataan.