Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-19
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Antara aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung MAHA/Foto BERNAMA
SERDANG,19 September - Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada pengunjung di Laman Agro-Food Ternakan bersempena Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS,Serdang.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar,Dr. Akma Ngah Hamid berkata antaranya ialah pameran haiwan ternakan yang menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak dan dewasa.
"MAHA kali ini kami membawa dua jenis ternakan iaitu ternakan ruminan yang melibatkan kerbau,lembu,kambing dan biri-biri serta bukan ruminan seperti ayam dan itik.
"Jadi pengunjung berpeluang melihat ternakan-ternakan bersaiz besar seperti lembu dan kerbau daripada pelbagai jenis dan baka," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini hari ini.
Sehingga 17 September lalu,lebih 200 pengunjung telah hadir di laman berkenaan,dengan hasil jualan mencapai RM2 juta.
ARTIKEL BERKAITAN:
MAHA 2024: KKDW sasar nilai jualan RM500,000
Lebih 120,000 pengunjung ke Laman perikanan MAHA
Parkir percuma di MAHA 2024 bermula hari ini