Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-10-28
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,28 Oktober – Pelabur institusi tempatan mencatat belian bersih ekuiti berjumlah RM244.6 juta di Bursa Malaysia sepanjang minggu lalu.
Sebaliknya,pelabur runcit tempatan meneruskan jualan bersih ekuiti dengan jumlah RM48.4 juta dalam tempoh yang sama.
Menurut laporan MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF),pelabur asing kembali kepada pendirian jualan mereka selepas melupuskan RM196.2 juta ekuiti di Bursa Malaysia.
Dalam laporan aliran dana yang berakhir pada 25 Oktober,MIDF menyatakan bahawa sektor pembinaan,perkhidmatan kewangan,dan penjagaan kesihatan merekodkan aliran masuk bersih tertinggi daripada pelabur asing.
Sementara itu,sektor utiliti,teknologi,serta telekomunikasi dan media menjadi tiga sektor yang mengalami aliran keluar asing bersih tertinggi.
Purata volum dagangan harian (ADTV) bagi pelabur runcit tempatan dan pelabur institusi masing-masing meningkat sebanyak 2.2 peratus dan 1.8 peratus. Namun,terdapat penurunan dalam ADTV pelabur asing sebanyak 19.6 peratus.
Di peringkat serantau,aliran keluar dana asing dari Asia berterusan untuk minggu keempat berturut-turut,dengan jumlah mencecah AS$1.24 bilion.