Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-08
HaiPress

Foto tangkap layar LLM
KUALA LUMPUR,7 November- Sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam kemalangandi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang tadi.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata kenderaan membawa muatan duakereta perisaiADNAN daripada pasukan yang berpangkalan di Mentakab,Pahang,terbalik akibat kemalangan itu.
Beliau berkata ketika kejadianpada pukul 4.48 petang,kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas,Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
“Punca kemalangan masih dalam siasatan. Namun,tiada kecederaan kepada anggota mahupun orang awam dilaporkan. KPKP mengalami kerosakan,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kemalangan berlaku di KM35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.
Jurucakap LLM ketika dihubungi berkata kedua-dua lorong kanan arah barat dan timur terhalangakibat kemalangan itu.
“Keadaan terkini setakat pukul 8.00 malam,terdapat kesesakan lalu lintas sejauh tiga kilometer di lorong kanan arah barat manakala di lorong kanan arah timur pula kesesakan sepanjang satu kilometer. Ini susulan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan treler sedang giat dijalankan,” katanya.- BERNAMA