Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-08
HaiPress

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,6 November – Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai ekonomi yang lebih mampan dan lestari.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ekonomi negara semakin kukuh dengan anggaran pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini,manakala kadar inflasi kekal terkawal.
"Pada bulan September,kadar inflasi berada pada 1.8 peratus dan terus menurun dari 2 peratus pada Julai,diikuti 1.9 peratus pada Ogos," katanya ketika berucap di Persidangan ESG dan Kelestarian 2024,di ibu negara.
Amir Hamzah turut menyatakan,pelaburan langsung asing (FDI) mencatat rekod tahun lalu dengan jumlah RM330 bilion.
Pada enam bulan pertama tahun ini,FDI mencapai RM160 bilion,meningkat 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu,menunjukkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.
Tambahnya,kerajaan juga telah mengambil langkah menyasarkan semula subsidi bagi memastikan keberkesanan perbelanjaan serta mengelakkan ketirisan.