RM300 juta untuk program Payung Rahmah musim tengkujuh

2024-11-15     HaiPress

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Salleh / Foto bernama

DUNGUN,15 November – Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah program Payung Rahmah,termasuk penganjuran Jualan Rahmah semasa musim perayaan dan bencana,khususnya musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Fuziah Salleh berkata kaedah itu bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan asas tidak terjejas semasa bencana,terutama di kawasan berisiko banjir.

“Sebenarnya waktu banjir mungkin akan ada masalah bekalan. Kita akan pastikan bahawa kalau boleh tidak ada gangguan barangan semasa musim banjir.

"Kita ada banyak inisiatif,termasuk peruntukan RM300 juta untuk program Payung Rahmah. Dengan ini,kita boleh menggerakkan lebih banyak program untuk menangani bencana dan pada musim perayaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Pengedaran Barang Perlu,LPG dan Community Drumming di Kuala Jengal,di sini.

Di Terengganu,sebanyak 159 Peruncit Terpilih (DDR) dan 74 Pemborong Terpilih (DDW) telah dilantik sebagai persediaan menghadapi musim banjir,dengan kebenaran menyimpan barangan kawalan berjadual sehingga 30 peratus daripada had simpanan yang ditetapkan dalam lesen.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.