Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-17
HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,17 November- Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di empat negeri iaitu Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor,bermula 19 November (Selasa) hingga 23 November 2024 (Sabtu).
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Kelantan adalah Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Tanah Merah,Bachok,Machang dan Pasir Puteh serta seluruh negeri Terengganu.
Manakala,di Pahang pula melibatkan Kuantan,Pekan dan Rompin. Sementara itu di Johor pula melibatlan Segamat,Kluang,Mersing,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia turut menjangkakan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang di negeri Terengganu,sehingga 1.00 tengah hari ini.
Ia melibatkan kawasan Kemaman di Terengganu. Manakala di Pahang melibatkan daerah Pekan,Kuantan dan Rompin,manakala di negeri Johor melibatkan daerah Mersing.