Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-17
HaiPress

Foto BERNAMA
KUCHING,17 November- Sarawak akan terus menjalankan penyelidikan berkaitan penemuan 20 spesies katak baharu di negeri itu,hasil usaha penyelidik tempatan dan antarabangsa.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua,Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia terdiri daripada pelbagai jenis katak yang jarang ditemui.
Penemuan spesies baharu tersebut merupakan bukti jelas bahawa ekosistem di Sarawak kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang unik.
“Ada yang macam lipas,macam burung,ulat. Saya rasa banyak lagi yang boleh diselidik," katanya kepada pemberita selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di sini.