Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-20
HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke
KUALA LUMPUR,20 November- Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewujudkan fungsi notifikasi pemakluman tarikh tamat tempohLesen Kenderaan Motor (LKM) dalam aplikasi MyJPJ.
Menterinya,Anthony Loke memaklumkan aplikasi MyJPJ sentiasa dipertingkatkandari semasa ke semasa bagi penyampaian perkhidmatan atas talian kepada orang ramai.
"Antara penambahbaikan terkini yang dilaksanakan adalah pengenalan fungsi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah dibuka kepada orang awam sejak 1 Februari 2024.
"Fungsi ‘Kongsi LKM’ turut diperkenalkan kepada orang ramai rentetan aduan yang diterima berkaitan penggunaan kereta milik orang lain. Kini pemilik boleh berkongsi LKM dengan ahli keluarga atau individu yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Selangor,Mohd Hasnizan Harun di Dewan Rakyat,hari ini.