Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-22
HaiPress

Foto IPD MARANG
MARANG,21 November- Seorang posmen melecur pada bahagian muka dan tangan selepas kediamannya terbakar petang tadi.
Ketua Polis Daerah Marang,SuperintendenMohd Sofian Redzuanketika mengesahkan kejadian itu berkata kebakaran berlaku di Taman Emas Murni 2,Marang.
"Siasatan awal mendapati punca kebakaran adalah akibat litar pintas pada suis pendingin hawa.
"Difahamkan,sebelum kebakaran,berlaku letupan kecil di ruang tamu dan bilik yang menjadi kawasan utama kebakaran," katanya ketika dihubungi RTM.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kebakaran bangunan sementara menunggu kenyataan mangsa bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur mencurigakan.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.