Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-29
HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,29 November - Cuti semua anggota jemaah kabinet Kerajaan Perpaduan kini dibekukan. Ia susulan bencana banjir di seluruh negara,kini semakin serius.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,anggota jemaah menteri telah diarahkan dengan segera turun padang bagi membantu penduduk terkesan banjir.
"Semua menteri kabinet minta teruskan tugas sekarang. Turun. Ya cuti dibekukan. Terus,terus (turun padang),” katanya.
Beliau menjawab ringkas ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina,Presint 17,Putrajaya.
Setakat pukul 3.00 petang tadi,portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah penduduk terjejas banjir kini mencecah seramai 87,043 orang daripada 26,756 keluarga,melibat lapan negeri.