Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-30
HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,30 November- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore sehingga esok,1 Disember 2024.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri",katanya dalam kenyataan.
Sementara itu,METMalaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Ia dijangka di kawasan perairan tenggara Samui,utara Tioman,selatan Condore dan barat Reef North sehingga esok.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil,rekreasi laut dan sukan laut",katanya.