Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-30
HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama
HULU TERENGGANU,30 November – Banjir di Terengganu dan Kelantan kali ini disifatkan luar biasa dengan jumlah penduduk terjejas meningkat mendadak dalam tempoh tiga hari.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata keadaan dijangka bertambah buruk berikutan ramalan luruan hujan dalam beberapa hari akan datang.
Menurutnya,jumlah taburan hujan di kedua-dua negeri dalam tempoh tiga hari telah melebihi kadar purata tahunan.
“Kita dapati hujan tiga hari ini bersamaan dengan jumlah hujan untuk satu tahun. Malah,dalam tempoh tiga bulan,jumlah hujan sudah melebihi purata tahunan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di PPS SMK Matang,di sini.
Ahmad Zahid,yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah penduduk terjejas sekiranya hujan lebat berterusan.