Perak perkukuh hubungan serantau, majukan NR-REE

2024-12-04     HaiPress

FOTO BERNAMA

IPOH,4 Disember - Kerajaan Perak akan terus memperkukuhkan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura,Indonesia dan Thailand.

Ini berikutan negeri itu berhasrat bagi memperkasa sektor perdagangan antarabangsa dengan negara-negara berkenaan khususnya dalam industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,kerjasama itu juga diperkasakan bersama-sama Negara Gajah Putih melalui Pertumbuhan Segitiga Indonesia,Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

"Kita ada keperluan untuk berdagang dengan mereka terutama apabila kita ada hasil daripada bumi iaitu lantanida ataupun NR-REE,maka keperluan untuk kita berdagang dengan negara-negara jiran adalah penting.

"Ini kerana kita sudah buat keputusan tidak boleh eksport 'raw NR-REE' ini melainkan kita mengeksport produk seperti magnet,elektirk dan sebagainya," Saarani menjawab soalan tambahan dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh.

Tambahnya,selain Asia Tenggara Perak turut memperteguhkan hubungan dengan negara-negara yang berada luar daripada rantau ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.