Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-04
HaiPress

Rubiah Wang / Foto RTM
KUALA LUMPUR,4 Disember- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang untuk melaksanakan pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) di seluruh negara,terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Timbalan Menterinya,Datuk Rubiah Wang,berkata bagi tahun hadapan,empat negeri telah dikenal pasti sebagai lokasi pemasangan lampu jalan tersebut.
Negeri-negeri tersebut ialah Sarawak,Pahang,Perak,dan Johor,dengan tujuan meningkatkan infrastruktur bagi penduduk luar bandar.
"Kita sudah ada perancangan untuk pemasangan lampu jalan berkenaan.
"Daripada sudut pemantauan,kerja-kerja solar ini dilaksanakan melalui pelantikan kontraktor. Contohnya,di Sarawak,kita sudah melantik SUB (subkontraktor)untuk memasang lampu-lampu berkenaan.
"Namun,bagi Semenanjung,kita masih dalam proses pemilihan kontraktor.
"Sistem pemantauan kita adalah berdasarkan permohonan yang diterima,dan pihak PKN (Pejabat Kementerian Negeri) akan memastikan pemasangan lampu-lampu dibuat mengikut kelayakan,iaitu di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti," katanya bagi menjawab pertanyaan tambahan wakil Kuala Krai,Abdul Latiff Abdul Rahman di Parlimen di sini.