Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-05
HaiPress

Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR,5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Tawau,Sabah pada pukul 4.54 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa tersebut direkodkan pada kedudukan 4.5° Utara dan 118.1° Timur dengan magnitud 2.7 pada skala richter.
Ia berpusat sejauh 17 kilometer di utara Tawau pada kedalaman 10 kilometer.
Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di sekitar kawasan Tawau.
Orang ramai yang merasai gegaran dimohon untuk mengisi borang soal selidik melalui pautan berikut -https://forms.gle/BuhTW8K4B8op9rRx6.