Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-05
HaiPress

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus pada 2023,dengan mata indeks naik kepada 121.3 / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,4 Disember – Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus pada 2023,dengan mata indeks naik kepada 121.3 berbanding 120.4 pada 2022.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan ini menunjukkan keupayaan masyarakat menyesuaikan diri dengan realiti kehidupan pasca-pandemik.
"Peningkatan ini disokong oleh subkomposit kesejahteraan ekonomi yang mencatat pertumbuhan 0.5 peratus,sementara subkomposit kesejahteraan sosial meningkat 0.8 peratus kepada 116.0 mata," katanya.
Menurutnya,sembilan daripada 14 komponen ekonomi dan sosial mencatat peningkatan positif pada 2023,dengan sumbangan tertinggi daripada sektor kebudayaan,pengangkutan,hiburan dan rekreasi,serta keluarga.
Perlis,Johor,dan Pahang dikenal pasti sebagai tiga negeri dengan peningkatan tertinggi dalam kesejahteraan rakyat.
Peningkatan tersebut mencerminkan usaha berterusan negara dalam memperkukuh aspek ekonomi dan sosial rakyat bagi mencapai keseimbangan hidup yang lebih baik.