Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-06
HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMA
SUBANG JAYA,6 Disember- Sebanyak 7,243 MyKiosk di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming,berkata inisiatif ini dapat membantu taraf ekonomi dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
"Rekod tertinggi pemegang MyKiosk apabila ada peniaga yang satu bulan pendapatannya RM30,000 dan banyak cerita yang memberangsangkan.
"Kisah yang benar itu terbukti,inisiatif ini dalam tempoh dua tahun sahaja kita telah berjaya mengubah nasib 7,343 buah keluarga dan memberi manfaat kepada lebih 35,000 anak Malaysia",katanya kepada media selepas merasmikan MyKiosk 2.0 di Bulatan @ Kawasan Perniagaan PutraHeights,malam tadi.
Katanya,tahun ini pembinaan 4,054 unit kiosk bagi 93 PBT dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta telah disediakan dan tahun lepas sebanyak 3,189 unit kiosk dibina dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
Bagi setiap unit MyKiosk 2.0 juga akan dilengkapi kuasa solar 1,000 watt dan peralatan elektrik seperti kipas dan lampu diod pemancar cahaya (LED) untuk kemudahan dan keselesaan peniaga.