Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-10
HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,10 Disember- Seramai 500 keluarga nelayan di kawasan Muar menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Menurut perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar Mohd Norhakim Simon,semalam.
Mohd Norhakim menghargai keprihatinanYayasan Sultan Ibrahim Johor dalam menghulurkan bantuan kepada komuniti nelayan di kawasan Muar.
“Semoga bantuan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban para nelayan terutamanya yang terjejas pendapatan akibat monsun timur laut”,katanya.