Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-10
HaiPress

Dzulkefly Ahmad / Foto RTM
KUALA LUMPUR,10 Disember-Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa membuat pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Perubatan 2017,khususnya berkaitan pendaftaran pengamal perubatan pakar,selaras dengan pindaan akta perubatan.
Sehingga kini,KKM telah mengadakan bengkel penyediaan draf pindaan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) serta perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Majlis Perubatan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,draf itu telah diangkat kepada Jabatan Peguam Negara untuk dimuktamadkan.
"Memandangkan proses pendaftaran pakar dan pengiktirafan latihan kepakaran merupakan isu yang kompleks,kementerian perlu mengambil pandangan semua pihak berkaitan bagi memastikan proses yang diperkemas adalah praktikal dan selari dengan tuntutan undang-undang," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan,Lim Guan Eng di Dewan Rakyat di sini.
Tambahnya,pengamal perubatan yang telah lengkap latihan kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik,pembedahan plastik dan perubatan keluarga yang terjejas dalam isu pengiktirafan itu akan dipertimbangkan semula untuk didaftarkan dalam Daftar Pakar,Majlis Perubatan Malaysia.