Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-10
HaiPress

Arthur Joseph Kurup / Foto RTM
KUALA LUMPUR,10 Disember-Sejumlah RM30 juta diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sepanjang 2025.
Peruntukan tersebut di bawah butiran penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian.
Ini bagi negeri terlibat banjir dan skop kerja pembaikan seperti infrastruktur pengairan dan saliran pertanian serta rumah pam pertanian.
Timbalan Menterinya,Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,pelaksanannya membabitkan empat garis panduan termasuk hanya individu terkesan layak memohon,keutamaan kepada kawasan teruk terjejas,mengemukakan laporan kerosakan dan cadangan pembaikan.
"Jadi sesiapa saja boleh memohon,asal dia boleh menunjukkan dia terjejas daripada bencana banjir dan terlibat dalam sektor pertanian atau agromakanan dan kita akan utamakan kawasan-kawasan yang paling terjejas banjir," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tampin,Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat di sini.