Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-12
HaiPress

Allahyarham Hakimie Amrie Hisamudin,30 tahun
KUALA LUMPUR,12 Disember- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga wartawan Nikkei Asia,Hakimie Amrie Hisamudin,yang meninggal dunia pada usia 30 tahun,semalam.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
"Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan FMT (Free Malaysia Today). Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai allahyarham.
"Saya doakan agar kekal tabah dan sabar berdepan ujian dan kehilangan ini. Al-Fatihah," katanya.